Sabtu, 16 Februari 2013

Terengganu Catat Kemenangan Pertama



TERENGGANU meraih kemenangan pertama
dengan penuh bergaya apabila menundukkan
Perak 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, hari ini.


Terengganu di bawah kendalian E. Elavasaran
berjaya menemui rentak permainan apabila
bangkit untuk meraih tiga mata buat pertama kali
setelah dua seri dan tiga kalah dalam perlawanan
sebelum ini.

Terengganu menjaringkan gol pertama menerusi
Ashaari Samsuddin pada minit ke-14.

Sokongan padu daripada penonton nyata
membarakkan semangat pemain Terengganu
untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri.

Selepas itu, penyerang Terengganu, Effa Owona
menjadi wira buat pasukannya apabila
menjaringkan gol kedua pada minit ke-46, sekali
gus menggembirakan penyokong skuad Penyu
yang selama ini menunggu kebangkitan pasukan
kegemaran mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan