Khamis, 21 Februari 2013

Wanita Memotong Alat Sulit Suami Kerana Cemburu

Perasaan curiga dan
cemburu seorang wanita terhadap
suaminya yang dipercayai curang
menyebabkan dia tergamak
memotong alat kelamin suaminya
dengan sebilah pisau dapur, dalam
satu kejadian di Jawa Timur, hari
ini.


Kejadian yang menggemparkan itu
berlaku di Kampung Langsar,
dalam daerah kecil Saronggi,
Sumenep, lapor portal berita
Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi,”
kata Mahrus, penduduk Langsar
sebagaimana dipetik laman portal
berita itu.

Beliau berkata, ketika itu lelaki
berkenaan sedang tidur nyenyak
dalam bilik, isterinya yang terjaga
dari tidur terus menuju ke dapur,
mengambil sebilah pisau, kembali
ke bilik tidur dan memotong alat
kelamin suaminya.

Jurucakap polis daerah Saronggi
yang mengesahkan kejadian itu
berkata, berdasarkan maklumat
yang dikumpul polis, wanita itu
nekad memotong alat kelamin
suaminya kerana mengesyaki
beliau menjalin hubungan sulit
dengan wanita lain.

Mangsa kejadian itu kini sedang
menjalani rawatan intensif di
Hospital Daerah Moh Anwar, Kota
Sumenep.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan