Rabu, 13 Mac 2013

BARCA KE SUKU AKHIR



Barcelona pulih sepenuhnya
daripada kejutan lalu apabila
menumpaskan AC Milan untuk
melangkah suku akhir Liga Juara-
Juara manakala Galatasaray
mengetepikan Schalke di
gelanggang lawan.


Ketinggalan 2-0 pada pertemuan
pusingan pertama, Barcelona
mengikat kedudukan menerusi
Lionel Messi pada babak pertama
perlawanan sebelum David Villa
meletakkan pasukan itu di depan
pada babak kedua.

Jordi Alba kemudian mengesahkan
langkah Catalans ke suku akhir
buat enam musim berturut-turut
dan menutup tirai perlawanan
dengan kemenangan 4-0.

Sementara itu, gergasi Turki
Galatasaray menumpaskan Schalke
3-2, di Gelsenkirchen untuk
melangkah ke peringkat suku
akhir dengan agregat 4-3, buat
pertama kali sejak melakukannya
pertama kali pada 2001.

Tidak ada pasukan yang bangkit
daripada kekalahan pusingan
pertama untuk mencatat
kemenangan pada Liga Juara-
Juara. Oleh itu, keajaiban
gandingan Barcelona adalah
keputusan di luar dugaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan