Manitoba (Kanada): Seorang hakim
di Kanada mengharamkan seorang
murid sekolah berusia 12 tahun
daripada menggunakan Facebook
selama setahun.
Media tempatan melaporkan,
keputusan itu dibuat selepas dia
mengancam dua remaja menerusi
rangkaian sosial berkenaan .
Menurut stesen radio CJOB,
tertuduh memuatnaikkan ancaman
dengan berkata dia mahu mencekik
hingga mati dua bekas rakannya
kerana berebutkan seorang budak
lelaki.
Murid itu mengaku bersalah
membuat ancaman itu dan
diletakkan di bawah pengawasan
polis selama setahun di samping 50
jam kerja kebajikan.
Selain itu,
hakim juga mengarahnya
memadamkan akaun Facebooknya.
Ibu murid itu menyokong
keputusan mahkamah tetapi
peguamnya membantah dengan
alasan Facebook adalah kehidupan
sosial remaja masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan