Taipei: Seorang wanita menceraikan
lelaki yang dikahwininya empat
tahun lalu kerana kemaluannya
kecil.
Wanita itu, kakitangan kerajaan,
Zhang berkata, bekas suaminya
gagal menunaikan janji untuk
mengadakan seks tiga kali
seminggu.
Zhang, 52, menyelar suaminya,
Zhou, 55, dengan berkata:
“Kemaluannya begitu kecil. Serupa
kanak-kanak. Hanya panjang 5
sentimeter. Kami tidak pernah
mengadakan seks sepanjang
perkahwinan kami,” katanya.
Menurutnya, mereka berkenalan
pada 2008 menerusi seorang rakan
dan berkahwin lima bulan
kemudian.
Dia mahu mengadakan seks
dengan lelaki itu sebelum
berkahwin tetapi Zhou berkata, dia
enggan kerana patuh pada ajaran
agama.
Zhang berkata, dia hanya
mengetahui mengenai masalah
suaminya pada malam hari
perkahwinan mereka.
“Dia tidak dapat menunaikan
tanggungjawab sebagai suami.
Kami bergaduh sepanjang malam
dan saya ada menyuruhnya
berubat, tetapi dia enggan,” kata
wanita itu.
yu! Biar betu!.. Berubat la.
BalasPadam