Pemain muda
negara nampaknya kini semakin
‘laris’ di pasaran luar negara.
Selepas Wan Zack Haikal Wan Nor
dan Nazirul Naim Che Hashim
berjaya mengikat kontrak dengan
kelab Liga Divisyen Tiga Jepun FC
Ryukyu, dua lagi pemain Harimau
Muda A berpeluang mengikut jejak
langkah mereka.
Namun kali ini destinasinya bukan
ke Jepun sebaliknya ke Australia.
Dua pemain itu, kapten dan
pemain perancang tengah Mohd
Irfan Fazail dan penyerang
Rozaimi Abd Rahman yang kini
mendapat perhatian salah sebuah
pasukan elit Liga Australia.
Setakat ini tawaran yang diberikan
kelab yang pernah menjadi juara
liga itu hanyalah ujian pemilihan
yang dijangka diadakan pada Ogos
ini, namun perkembangan itu
dianggap cukup baik oleh
pengendali Harimau Muda A Ong
Kim Swee.
Kim Swee yang enggan
mendedahkan nama kelab
berkenaan buat masa ini berkata,
pihaknya sedang mengadakan
perbincangan untuk menetapkan
tarikh sesuai bagi menghantar
Irfan dan Rozaimi menjalani ujian
itu.
“Kelab itu sudah meminta kami
untuk menghantar Irfan dan
Rozaimi pada Ogos. Kemungkinan
mereka akan ke sana dalam tempoh
seminggu hingga dua minggu.
“Cuma buat masa ini tarikh
sebenar belum ditetapkan dan ia
masih dalam perbincangan.
Perkara ini perlu diteliti sebelum
membuat keputusan
memandangkan skuad ini
mempunyai jadual padat pada
Ogos sebagai persiapan ke Sukan
SEA Myanmar.
“Bagi saya walaupun ia hanyalah
ujian pemilihan, tapi ia satu
perkembangan positif kerana
memberi peluang kepada Irfan dan
Rozaimi mencuba nasib dengan
kelab itu,” katanya yang kini berada di Slovakia
semalam.
Menurut Kim Swee, aksi di pentas
antarabangsa termasuk di
pusingan kelayakan Olimpik dan
aksi persahabatan dengan
beberapa kelab di Gold Coast
Australia bulan lalu membolehkan
pasukan luar dapat melihat sendiri
bakat yang dimiliki pemain muda
negara.
Sebelum ini Wan Zack Haikal
pernah menjalani ujian percubaan
bersama FC Ryukyu Julai tahun
lalu dan hasilnya pemain sayap itu
berjaya mendapat kontrak selama
dua tahun manakala Nazirul
setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan