Sabtu, 16 Mac 2013

Felda Mahukan Muslim Dan Azmi

Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), mengumumkan pada Selasa
lepas bahawa pasukan Liga
Malaysia dibenarkan untuk
menandatangani maksimum tiga
pemain tempatan dan dua pemain
import semasa jendela perpindahan
kedua, 8 hingga 22 April 2013.


Jurulatih Felda United, K.Devan
telah mengesahkan bahawa mereka
berminat untuk mendapatkan dua
pertahanan Johor Darul Takzim,
Azmi Muslim dan Muslim Ahmad.

"Felda telah memaklumkan secara
rasmi kepada Johor tentang kedua-
dua pemain itu dan mereka telah
bersetuju secara lisan setakat ini,"
kata Devan.

"Kami ingin mengukuhkan benteng
pertahanan dan Azmi dan Muslim
sesuai dalam pasukan kami. Saya
harap semua dapat diselesaikan
menjelang jendela perpindahan
pada 8 April." tambahnya lagi.

Felda juga berkemungkinana akan
menilai pemain import baru
selepas penyerang Mohamad
Ghaddar tidak mencapai tahap
sebenar.

Sementara itu, empat pemain Johor
FA, Farid Ramli, Muhammad
Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaludin
dan Andre Francisco Da Silva telah
mula berlatih bersama Darul
Takzim semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan