LONDON: Eden Hazard mengaku
Chelsea tidak boleh melakukan
kesilapan demi terus mengekalkan
misi layak ke Liga Juara-Juara.
Skuad Rafael Benitez yang
menduduki tangga keempat Liga
Perdana Inggeris, turun menentang
West Ham malam ini dan
kemenangan mampu melebarkan
jurang dengan Arsenal di tangga
kelima selain menghampiri
Tottenham di tangga ketiga.
Sebaik Chelsea melakukan sepak
mula, mereka mungkin dua mata
di depan Arsenal jika Gunners
menewaskan Swansea dan Hazard
sedar tekanan pasti memuncak jika
pasukannya tewas di tangan
Hammers.
“Kami perlu mengutip tiga mata
Ahad ini, kami perlu menang
perlawanan ini,” kata Hazard.
“Chelsea sebuah kelab yang besar.
Kami mahu menang gelaran dan
layak ke Liga Juara-Juara. Banyak
yang perlu dilakukan tapi kami
cuba lakukan semuanya.” Selepas
dikecam penyokong Chelsea sejak
awal musim, pengurus sementara
Benitez masih gagal meraih
keyakinan penyokong setia
Stamford Bridge jika dilihat
kepada tempat duduk kosong dan
suasana hambar yang menghiasi
kemenangan ke atas Steaua
Bucharest dalam aksi Liga Europa,
Khamis lalu.
Biarpun suasana tegang
menyelubungi Chelsea, pasukan itu
masih berpeluang menjuarai Liga
Europa dan Pial FA.
Mereka menentang Manchester
United pada perlawanan ulangan
suku akhir Piala FA dan
menentang Rubin Kazan di suku
akhir Liga Europa. Ini bermakna
anak buah Benitez akan melalui
enam perlawanan dalam tempoh 16
hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan