Lahad Datu: Seorang lelaki dari
kampung Tanjung Batu melalui
saat cemas apabila ditahan
sekumpulan tujuh lelaki bersenjata
ketika menunggang motosikal
pulang ke rumahnya tetapi nasib
baik kumpulan penceroboh
bersenjata itu hanya meminta
rokok, Isnin lalu.
Abdul Rahman Seilani, 53, yang
berkata dia terserempak dengan
sekumpulan kira-kira tujuh lelaki
bersenjata berpakaian celoreng di
jalan raya di kampung itu, kira-
kira jam 9 pagi.
“Ketika lalu di depan mereka,
seorang daripada mereka meminta
rokok daripada saya dalam bahasa
Melayu.
“Saya memberikan sekotak rokok
yang saya ada dan mereka
memberikan RM50 tetapi saya
tidak mengambilnya,” katanya
ketika ditemui Dewan Fajar
Harapan di Felda Sahabat 130
kilometer dari sini, semalam.
Bimbangkan keselamatan dirinya,
Abdul Rahman mengambil
keputusan segera meninggalkan
kampung menerusi pesisir pantai
ke Kampung Tanjung Labian yang
terletak bersebelahan.
“Saya kini tinggal bersama anak di
kuarters pekerja FELDA di Fajar
Harapan,” katanya.
Dewan FELDA Harapan di FELDA
Sahabat itu menempatkan
penduduk dari tujuh kampung
yang berpindah berikutan
tindakan pasukan keselamatan
menggempur kedudukan
pengganas di Kampung Tanduo.
Seorang lagi penduduk, Yusof
Sarang, 58, berkata kira-kira 40
penduduk kampung meredah air
pasang hingga paras lutut untuk
ke Tanjung Labian melalui pantai
sebelum ke Dewan Fajar Harapan.
Beliau mengambil keputusan
membawa isteri dan tiga anak
berpindah segera apabila
mendengar berita mengenai
kehadiran individu bersenjata di
kampung itu. “Kami hanya
membawa sedikit pakaian dan kini
menumpang di rumah anak
saudara di Fajar Harapan,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan