Selasa, 19 Mac 2013

Pemain Import Punca Aksi Longlai?

Adakah tepat langkah
membenarkan pemain import
kembali mewarnai kancah
bolasepak tempatan?


Persoalan terbabit timbul selepas
menyaksikan skuad negara
dibelasah 1-4 oleh Arab Saudi
dalam aksi persahabatan malam
kelmarin dengan pemain tengah
Johor Darul Takzim (JDT), Mohd
Safiq Rahim menjaringkan gol
tunggal Harimau Malaya pada
minit ke-70 pada pertemuan di
Stadium Shah Alam itu.

“Anda boleh lihat kita tidak
mempunyai penyerang yang
mampu menjaringkan gol dengan
jaringan skuad negara dilakukan
Safiq yang bukannya penyerang.
Kita perlu sedar dengan situasi ini
berbanding lawan (Arab Saudi)
yang mempunyai penyerang
berkaliber,” kata pengendali
negara, Datuk K Rajagobal selepas
tamat perlawanan itu, malam
kelmarin.

Menurut Rajagobal, skuad negara
hanya mempunyai Norshahrul
Idlan Talaha sebagai penyerang
semula jadi selain Abdul Hadi
Yahya yang tersenarai dalam kem
latihan pusat kali ini.

“Pemain lain seperti Mohd Amri
(Yahyah) lebih kepada posisi di
belakang dan bukannya penyerang
semula jadi. Kita tidak mempunyai
Safee Sali ketika ini
(akibat kecederaan) yang boleh
disifatkan seorang pemain yang
kuat untuk membolehkan kita
mengamalkan corak permainan
diamalkan sejak dua tahun lalu.

Sekarang dia tidak ada dalam
skuad kebangsaan.

“Anda boleh lihat liga (domestik)
sekarang. Pasukan seperti
Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Selangor, Kelantan... siapa
penyerang mereka? Kita kena
menerima hakikat ini. Tapi, tiada
apa yang boleh dilakukan, ini yang
berlaku dalam liga, semua pihak
boleh memberikan pandangan,
namun bukan senang untuk
pemain beraksi di pentas berbeza,”
katanya.

Selain Norsharul, kem latihan
pusat kali ini juga tidak
mempunyai penyerang yang
mampu memenuhi hasrat
pengendali negara itu untuk
menggegar kubu lawan menjelang
aksi penting menentang Yaman
untuk pusingan kelayakan Piala
Asia 2015 yang dijadual
berlangsung Jumaat ini.

Penjaring tempatan terbanyak Liga
Super ketika ini, Mohd Fauzi
Roslan dari Pahang yang sudah
menjaringkan enam gol diletakkan
dalam senarai pemain simpanan
selain Muhammad Ramzul Zahini
Adenan (Selangor) dan A Thamil
Arasu (Harimau Muda A).

Penyerang import ATM, Marlon
Alex James mendahului senarai
penjaring keseluruhan ketika ini
dengan meledak tujuh gol selain
penjaring terbanyak Liga Super
musim lalu, Jean-Emmanuel Effa
Owona yang kini bersama
Terengganu, meledak empat gol.

Bagaimanapun Rajagobal melihat
sesuatu yang positif dalam aksi
bertemu Arab Saudi itu apabila
menjelaskan ia memberikan
gambaran lebih jelas terhadap
pemain yang akan diturunkan
apabila menentang Yaman di
Stadium Shah Alam nanti.

Beliau turut puas hati dengan
persembahan kapten Kelantan,
Mohd Badhri Radzi yang pertama
kali menyarung jersi negara.

“Saya akan fikirkan (peluang
untuknya tersenarai), namun
dengan tempoh 45 minit dia
diturunkan, saya puas hati dengan
persembahannya. Saya turut puas
hati dengan aksi penjaga gol
Selangor, Norazlan (Razali),”
katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan