Arau: Tindakan kumpulan
penceroboh dipercayai dari Sulu,
Filipina, melakukan serangan
hendap terhadap anggota
keselamatan yang melakukan
pemeriksaan di Kampung Sri Jaya,
Semporna, Sabah, malam kelmarin,
disifatkan sebagai tindakan kejam
dan ganas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berkata, kejadian yang
mengorbankan nyawa enam
anggota keselamatan yang mencari
maklumat bagi mendapatkan
gambaran jelas mengenai
kumpulan terbabit adalah di luar
jangkaan.
Menurutnya, pasukan keselamatan
dengan kekuatan 57 anggota tidak
menyangka kumpulan terbabit
bertindak ganas menyebabkan
enam anggota terkorban.
“Namun, saya mempunyai
keyakinan bahawa kita (anggota
keselamatan) sudah memiliki
kekuatan mencukupi dengan
penambahan anggota termasuk
polis selain tambahan dua batalion
askar ke Sabah bagi menghadapi
apa juga keadaan di kawasan
berkenaan.
“Apa yang berlaku di Semporna,
mereka (anggota keselamatan)
tidak menduga kumpulan
penceroboh terbabit sanggup
mengambil tindakan ganas tanpa
sebarang isyarat walaupun mereka
hanya mahu mencari maklumat
mengenai kumpulan terbabit,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan