Kecewa tiada penyerang berbisa;
kritik Liga-M benarkan pemain
import
Mungkinkah nasib
Datuk K Rajagobal akan sama
seperti dialami bekas jurulatih
negara, B Sathianathan yang
pernah dipecat Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) gara-gara
tindakan mengkritik ‘Liga
Malaysia bukan bola sepak’ pada
2009?
Persoalan itu menjelma selepas
pengendali skuad Harimau Malaya
itu seakan-akan mempertikaikan
keputusan badan induk
membenarkan pemain import
beraksi dalam Liga-M sehingga
skuad bimbingannya ketandusan
penyerang berbisa ketika tewas
kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri
persahabatan antarabangsa di
Stadium Shah Alam, malam
kelmarin.
" Di sini kita boleh
nampak yang kita tidak ada
penyerang yang boleh
menjaringkan gol. Tetapi
inilah yang kita ada dan kena
sedar satu gol yang kita
dapat hari ini (kelmarin)
adalah daripada Safiq Rahim,
bukannya daripada
penyerang kita." kata Rajagobal
Ketika pertembungan penting
menentang Yaman dalam
Kelayakan Piala Asia 2015 hanya
berbaki tiga hari lagi Rajagobal
menyuarakan betapa dia sudah
‘ketiadaan penyerang’ untuk
mendapatkan gol untuk skuad
Harimau Malaya.
Penyerang tak ada
“Di sini kita boleh nampak yang
kita tidak ada penyerang yang
boleh menjaringkan gol. Tetapi
inilah yang kita ada dan kena sedar
satu gol yang kita dapat hari ini
(kelmarin) adalah daripada Safiq
Rahim, bukannya daripada
penyerang kita.
“Kita kena buat sesuatu dan tahu
situasi yang dihadapi sekarang.
Kalau dibandingkan dengan Arab
Saudi, mereka memiliki penyerang
berbisa serta memiliki kemahiran
yang baik.
Raja harap Wan Zack pulih segera
“Sekarang hanya Norshahrul Idlan
Talaha penyerang sejati yang kita
ada. Kamu boleh lihat, siapa
penyerang dalam pasukan terbaik
liga tempatan sekarang? Semua
orang ada pendapat mereka tetapi
bukan senang nak main di
peringkat tinggi yang berbeza dari
segi tahap dengan liga tempatan,”
katanya pada sidang media sejurus
tamat perlawanan kelmarin.
Bagaimanapun, Rajagobal berpuas
hati dengan beberapa pemain yang
diturunkan termasuk kapten
Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau
Piya dan penjaga gol Selangor,
Norazlan Razali.
“Kita kena yakin dan saya fikir kita
ada tanda positif dalam separuh
masa kedua. Baru kali pertama
bermain, dia (Badhri)
menunjukkan prestasi baik.
Walaupun hanya 45 minit, saya
berpuas hati dengan persembahan
Piya termasuk Norazlan.
“Saya harap, Wan Zack Haikal Wan
Nor dapat kembali dan kami
memang perlukannya. Saya harap
dia pulih dengan cepat kerana
kalau kita nak main lebih kepada
menyerang, kita perlukan pemain
seperti ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan