Persekutuan Bolasepak
ASEAN (AFF) akan membina
Rumah AFF di Putrajaya dalam
masa terdekat sebagai usaha
mempertingkatkan lagi mutu dan
pembangunan sukan itu di rantau
ini.
Presiden Sultan Ahmad Ahah
berkata, setakat ini Kerajaan Pusat
sudah bersetuju memberikan
sebidang tanah di Putrajaya bagi
membina bangunan itu.
“Sebagai Presiden, saya berhasrat
mengadakan ibu pejabat AFF di
Putrajaya dan Kerajaan Pusat
bersetuju memberikan sebidang
tanah bagi mendirikan Rumah
AFF, seperti yang saya buat untuk
Rumah Konfederasi Bolasepak
Asia (AFC) ketika saya menjadi
Presiden.
“Kita juga memutuskan untuk
melengkapkannya dengan akademi
latihan dan kuarters di Putrajaya,
sampai ketikanya nanti kita akan
jemput media,” katanya selepas
Majlis Malam Anugerah AFF,
kelmarin.
Mengulas mengenai Anugerah
AFF, beliau berkata anugerah
pertama kali diadakan itu adalah
untuk memberi pengiktirafan
kepada pegawai dan pemain bola
sepak rantau ASEAN.
Menurutnya, anugerah itu akan
diadakan di negara lain pula
selepas ini sebagai insentif kepada
semua yang cemerlang dalam
arena bola sepak serantau.
Beliau berkata, dengan kemajuan
yang dicapai kelak diharapkan satu
hari nanti AFF boleh
menganjurkan Piala Dunia di
negara ASEAN.
“Penganjuran Piala Dunia
bukanlah sesuatu yang mustahil
kerana kita sudah ada
kemampuan, kemahuan serta
kemudahan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan