Johor Bahru: “Setiap hari kami memang
menantikan peluang untuk bertemu Jerman.”
Demikian nada berbeza pengendali skuad
hoki negara Paul Revington (gambar)
menjelang pertemuan dengan pasukan nombor
satu dunia itu pada suku akhir Kejohanan
Separuh Akhir Liga Hoki Dunia hari ini.
Ketika rata-rata pasukan cuba mengelak
daripada bertemu Jerman bagi memastikan
dapat melangkah lebih jauh sekali gus
memburu tiket ke Piala Dunia, pengendali
dari Afrika Selatan itu seolah-olah tidak
kisah, malah menanti-menanti saat bertemu
pasukan ranking pertama dunia itu.
Bagi Revington, jika anak buahnya dapat
beraksi pada tahap terbaik seperti ketika
saingan Piala Sultan Azlan Shah lalu, tidak
mustahil untuk mereka menewaskan Jerman.
“Seperti kita bertemu Australia pada final
Piala Sultan Azlan Shah, begitulah
keadaannya ketika ini.
“Jika setiap pemain mengikut strategi yang
sudah dirancang, kami juga berpeluang cerah
untuk menang.
“Yang pasti, kami langsung tidak berasa gerun.
Kami akan sahut cabaran ini,” katanya.
Cuma yang sedikit merisaukan Revington
sekiranya ada masalah kecederaan
membabitkan anak buahnya sebelum turun
bertemu Jerman.
“Setiap pemain perlu berada pada tahap
terbaik. Saya fikir Jerman juga amat
berwaspada apabila bertemu kami.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan