Rabu, 13 Ogos 2014

CERIA DAN BERDUKA TIADA TERPISAH

Cinta Apa itu cinta,cinta terbahagi kepada beberapa bahagian,akan tetapi cinta sesama manusia menjadi 1 topik untuk Admin kali ini.

Cinta ibarat satu perhubungan yang indah untuk semua manusia,ia di impikan oleh semua insan termasuk lah yang  menulis ini .

Cinta yang suci ibarat kapas yang putih tersusun rapi,tiada yang kotok dek terkena habuk,ia juga sangat jernih seperti air sungai yang tiada tercemar.

Cinta juga seperti awan biru yang berarak diatas kita tanpa dilitupi oleh awan mendung,dan ia diterangi sang mentari yang setia menemaninya  diwaktu siang dan sang bulan bintang dikala malam tiba.

Ia sangat indah jika dinikmati dengan penuh perhayatan,tiada tolak banding.

ia juga boleh membuat manusia menjadi bahagia,seolah-olah dunia dia empunya.

Akan tetapi didalam keindahan terdapat jua kedukaan,ia datang secara tiba-tiba.

Kedukaan dalam Cinta boleh membawa kepada kemusnahan dalam diri jika tidak tahu mengawal nya.

Cukup sampai disini sahaja Admin Bingkiskan kata-kata pendahuluan bagi topik Cinta ini.

Sekian Dahulu Daripada Sang Penulis yang serba kekurangan ini.

LiKE THIS PAGE>> Malaysia Info Sharing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan