Khamis, 14 Ogos 2014

Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.

Dunia hanya sementara,Akhirat untuk selamanya.
Begitulah permulaan bicara saya pada post saya ini.

Dunia Tanpa Sempadan,apakah maksud nya?pasti semua orang dah faham apa maksud nya,jika tidak takkan lah anda semua pandai berinternet kan?

Hidup makin maju,Tapi Dunia semakin sampai kepada penghujung nya.
Tanda-tanda kecil dunia akhir zaman sudah pun wujud.

Akan tetapi hadirnya saya pada kali ini bukanlah ingin menceritakan tentang tanda-tanda kecik Kiamat,tapi saya ingin berkongsi sedikit buruk dan baik dunia internet atau lebih dikenali lagi dunia maya sekarang ini.
Ramai menjadi risau,dengan kecanggihan alatan didunia ini semakin menjadi tidak Bertamadun dunia sekarang ini.

Jika kita amati dan melayari Laman-Laman Sosial seperti Facebook.Twitter,Wechat,Whatsapp,Beetalk dan lain-lain.

Saya sungguh sedih,Jika di Facebook (ambil contoh FB kerana selalu melayari nya berbanding Twitter) pelbagai reaksi dan situasi yang saya lihat.

Bagi yang wanita,mereka tanpa segan silu untuk berkongsi gambar XXX mereka dikhalayak ramai,terlalu murah maruah sesetengah wanita di dunia sekarang.
Begitu juga dengan lelaki,tanpa segan silu,dengan Selamber sahaja mereka minta gambar XXX dengan mana-mana perempuan bagi memuaskan nafsu mereka.

Yang menjadi persoalan nya,kenapa perkara ini boleh terjadi?

Mungkin ini jawapan nya.

"Terlalu banyak pengaruh filem barat,kerana ada diantara filem barat,terlalu banyak adegan-adegan keterlaluan ini,ia juga datang daripada internet.Tidak dinafikan,jika di search di Google,Terlalu banyak Laman-laman lucah dan Website Lucah,mungkin ini yang menjadi faktor utama,dengan mengunakan handphone,Komputer dan Gajet-gajet di dunia tanpa sempadan terlalu mudah untuk mereka cari apa yang perlu".

Apa yang perlu lakukan?minta kerajaan menyekat laman itu?tapi rasa nya dah terlalu banyak Kerajaan buat demikian,tapi 1 di sekat 10 yang keluar.jadi tanamkan dalam diri kita sendiri,buang yang buruk ambil yang jernih.

Sama-samalah kita bina bangsa yang bertamadun.

Dunia Dah Berat,Marilah Sama-sama Kita Beramal Pula,Ketepikan Maksiat.

Cukup Setakat itu dahulu penulisan saya buat kali ini.
Harap maaf jika ada salah dan silap.

"MasterV2 News Kini Kembali."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan