Malaysia menghuni tangga ke-155 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan
ini, yang menyaksikan skuad
negara turun empat anak tangga
berbanding Julai lalu.
Kedudukan itu berikutan kekalahan
skuad Harimau Malaya 1-4 kepada
Tajikistan pada aksi persahabatan
antarabangsa di Stadium Central,
Dushanbe, Tajikistan Jumaat lalu.
Menurut senarai dikeluarkan FIFA,
pasukan Malaysia kendalian Dollah
Salleh itu berkongsi tempat ke-155
bersama pasukan Puerto Rico.
Malaysia berada di tangga ke-154
pada Januari, 150 (Februari), 141
(Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153
(Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.
Kedudukan terbaharu itu turut
meletakkan skuad kebangsaan
sebaris dengan beberapa pasukan
seperti Guyana (153), Swaziland
(158) serta St Kitts & Nevis pada
ranking ke-159 dunia.
Di kalangan negara Asia Tenggara,
Malaysia turun dua anak tangga
untuk berada di tangga kelima di
belakang Filipina (128), Vietnam
(139), Singapura (152) dan
Indonesia (153).
Di peringkat Asia, Malaysia juga
menurun tiga anak tangga untuk
berada pada kedudukan ke-29
daripada 46 negara.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman pula
mengekalkan status selaku pasukan
terbaik dunia dengan mengumpul
1,736 mata.
Finalis Piala Dunia 2014, Argentina
dan Belanda turut mengekalkan
kedudukan sebagai pasukan kedua
dan ketiga terbaik apabila masing-
masing mengutip 1,604 dan 1,507
mata.
Kedudukan ranking FIFA itu
membabtkan 209 negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan