Rabu, 13 Ogos 2014

Hati-Hati Dalam Membeli

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.

Di Hari yang mulia ini kita bersua kembali,walaupun guruh berdentum,awan gelap di atas menandakan bumi bakal menerima rahmat daripada Allah S.W.T.

Pada hari ini Masterv2 News akan bicarakan tentang Hati-Hati Dalam Membeli.

Topik membeli pada hari ini adalah SIM GHOST.
Sim Ghost adalah sejenis Simkad Percuma Internet.ramai yang menawarkan dengan harga-harga yang berlainan.
Sebagai contoh MasterV2 News pernah ternampak atau lebih tepat lagi pernah bertanya lah,tapi belum tiba lagi mahu gunakan Sim Ghost yang kecoh di internet sekarang sampai menjadi Viral.

Ada yang menyediakan Unlimited Qouta,Internet yang murah,Dan lain-lain.

MasterV2 News bukan mahu menyekat kuasa pembeli di artikel kali ini.
akan tetapi apa yang admin mahu katakan adalah Hati-Hati.

Sebelum membeli anda haruslah siasat dahulu latar belakang salesman itu dahulu.

Admin Pernah juga dengar rungutan para pembeli Dilaman Sosial Facebook .Tapi adakah berguna rungutan itu?adakah Wang anda yang beratus ringgit itu akan kembali?admin Jamin 90% duit itu tak akan kembali.

Sebenarnya Ghost ni buat sendiri pun boleh,tetapi perlukan kesabaran.

Jadi kesimpulan nya MasterV2 News nasihatkan kepada anda diluar sana termasuk juga saya supaya belajar mengehadkan kuasa membeli apa yang tidak SAHIH  atau lebih tepat Tidak Pasti.
Jangan mudah terpedaya dengan Iklan diberikan,siasat dahulu sebelum bertindak.

Cukup sampai disini dahulu penulisan saya untuk artikel yang bertajuk Hati-Hati Dalam Membeli(Sim Ghost).

Jika anda setuju apa yang diperkatakan,Alhamdulillah.
Jika Salah ampun maaf di pinta.

"Yang baik datang nya dari Allah,Yang buruk nya datang dari saya".

Sampai Jumpa Lagi Di Lain Waktu.

"PRAY 4 GAZA"
"PRAY 4 MH370"
"PRAY 4 MH17"

1 ulasan:

  1. As salam.. memang betul kata tuan, sim ghost ni mmg boleh buat sendiri dan tak perlu bayar sampai beratus-ratus ringgit. Cuma terkilan sedikit dengan "master-master" baru sekarang ni. Semuanya $$$ ada pada mata. Trick yg mudah tapi upah yang terlampau dan ada yang dikenakan fee bulanan.

    Respect pada otai2 lama...

    BalasPadam