Isnin, 23 Mac 2015

SAHABAT ATAU KAWAN

Jika diberi pilihan siapakah yang kamu akan pilih?sahabat atau kawan?

Sahabat dan Kawan tersangat lah berbeza.mungkin kita ramai kawan tapi kita tak ada sahabat.

Kawan ialah seorang yang ada disamping kita saat kita suka,masa itu sahaja kawan perlukan kita.
Bila kita berduka atau lebih tepat nya bersedih agak mustahil untuk kawan yang kita sentiasa bergembira itu ada bersama kita.
Itulah kawan,kawan penting tapi jangan lah terlalu percayakan kawan kerana kawan boleh menjadi lawan.

Kebanyakan kawan jugak hanya ingin apa yang kita ada sebagai contoh: kita punyai RM1..mereka hanya inginkan separuh daripada itu tapi bila kita tiada lagi sesuatu mereka pergi dan tinggalkan kita untuk mencari kawan yang lain.

Tapi sahabat tidak sebegitu,sahabat sentiasa akan berada disamping kita walau susah atau senang kehidupan kita.

Sahabat itu lebih penting daripada kawan.
Kita perlu kawan tapi jangan terlalu percaya.
Kita perlukan sahabat demi menjadi supporter kepàda kita selain keluarga tercinta.

Jadi disini ayuh kita sama-sama pilih antara Sahabat atau Kawan.

Sekian coretan seorang yang perlukan sahabat.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Trick Ghost Untuk Sim Celcom

ASSALAMUALAIKUM Dan Salam 1Malaysia.

Berjumpa lagi kita pada hari ini,di hari yang indah lagi nyaman ini,saya ingin berkongsi sedikit Ilmu yang saya perolehi oleh Master-Master diluar sana.

Mesti korang pernah dengar kan Sim Ghost?ada yang nak ke?mustahil la korang taknak kan?

Ok,saya nak terangkan serba sedikit tentang Ghost ni.
Sim Ghost ni adalah ia percuma,no qouta,bayar sekali dapat guna sampai bila-bila.FREE kata orang putih, UNLIMITED.

korang nak tak?saya cuma bagi tips je,kalau nak cuba,ayuh DOWNLOAD file dibawah ini.

TRIK GHOST SIM CELCOM 

itu dia,korang try la ye.

okeh saya undurkan diri dahulu.
sekian terima kaseh.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Masyarakat Malaysia Di New York Demam Pesta Bola Merdeka

Masyarakat Malaysia
yang berada di kawasan pantai
timur Amerika Syarikat boleh
dikatakan mengalami demam
Pesta Bola Merdeka yang diadakan
di sini pada Sabtu dan Ahad.

Tarikan utama kejohanan kali ini
yang dianjurkan buat kali ketujuh
berturut-turut ialah kehadiran 20
pemain yang diterbangkan khas
dari Malaysia.

Sesetengah pemain turut
membawa bersama isteri mereka
untuk seperti yang dikatakan
seorang pemain 'memberi
sokongan dan turut bersorak di
tepi padang'.

Sukarelawan masyarakat
Malaysia, Katherina To yang
tinggal di Elmhurst, New York dan
aktif menganjur aktiviti yang
melibatkan rakyat Malaysia,
berkata kejohanan yang diberi
nama 'Merdeka Cup USA' itu
diadakan di New York sejak 2008
sebagai edisi tempatan kejohanan
Pesta Bola Merdeka yang diadakan
di Malaysia, bagi merayakan
sambutan Hari Kemerdekaan
negara.

"Kami mengadakan kejohanan
pada hujung minggu dalam bulan
Ogos agar kami mempunyai
kehadiran yang ramai ke
kejohanan," katanya.
Menurut beliau, tujuh pasukan
mengambil bahagian.

Persatuan Malaysia Amerika
(MAA), konfederasi kepada
beberapa persatuan tempatan
menganjurkan acara tersebut
dengan bantuan kewangan
syarikat logistik Malaysia 'Wen-
Parker Logistics' yang
berpangkalan di New York yang
membiayai perjalanan pemain dari
Malaysia yang sesetengahnya
membawa bersama isteri mereka.

"Perlawanan tersebut sangat
menceriakan," kata Jimmy Tan,
Presiden MAA.

Beliau berkata, antara pemain
yang mengambil bahagian ialah
bekas pemain Pesta Bola Merdeka
sendiri, Datuk Soh Chin Aun, 64,
yang masih berupaya
mengembirakan penonton dengan
aksinya menggelecek bola
menewaskan pemain lebih muda.

"Kejohanan persahabatan ini
berjaya mempromosi perlawanan
persahabatan dalam kalangan
rakyat Malaysia di sini dan
mengeratkan lagi antara satu
sama lain menerusi semangat
kesukanan," kata Tan.

Pemain dan penonton turut
memberi penghormatan kepada
mendiang Wong Choon Wah,
seorang lagi ikon negara yang
meninggal pada Januari 2014.

Pasukan Chin Aun akhirnya
muncul juara.

"Saya telah beberapa kali melawat
New York, tetapi ini kali kedua
saya menyertai kejohanan Pesta
Bola Merdeka USA," katanya
ketika dirai pada majlis makan
malam di sebuah restoran di
China Town yang turut dihadiri
Konsul Jeneral Malaysia, Abdul
Razak Abdul Wahab.

Khamis, 14 Ogos 2014

Keputusan Penuh Piala Malaysia 14/08/2014

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia 14.08.2014 :

Kumpulan B
Sarawak 3-2 Terengganu
Perak 2-1 Kedah

Kumpulan D
Sime Darby 0-3 PDRM

Semalam MasterV2 News  dah pun update untuk perlawanan yang berlansung pada 13.08.2014.

Ulasan untuk keputusan perlawanan pertama akan menyusul tidak lama lagi.

Teruskan Bersama Kami Disini.

Harimau Malaya Turun 4 Anak Tangga Ranking FIFA

Malaysia menghuni tangga ke-155 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan
ini, yang menyaksikan skuad
negara turun empat anak tangga
berbanding Julai lalu.

Kedudukan itu berikutan kekalahan
skuad Harimau Malaya 1-4 kepada
Tajikistan pada aksi persahabatan
antarabangsa di Stadium Central,
Dushanbe, Tajikistan Jumaat lalu.

Menurut senarai dikeluarkan FIFA,
pasukan Malaysia kendalian Dollah
Salleh itu berkongsi tempat ke-155
bersama pasukan Puerto Rico.
Malaysia berada di tangga ke-154
pada Januari, 150 (Februari), 141
(Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153
(Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.

Kedudukan terbaharu itu turut
meletakkan skuad kebangsaan
sebaris dengan beberapa pasukan
seperti Guyana (153), Swaziland
(158) serta St Kitts & Nevis pada
ranking ke-159 dunia.

Di kalangan negara Asia Tenggara,
Malaysia turun dua anak tangga
untuk berada di tangga kelima di
belakang Filipina (128), Vietnam
(139), Singapura (152) dan
Indonesia (153).

Di peringkat Asia, Malaysia juga
menurun tiga anak tangga untuk
berada pada kedudukan ke-29
daripada 46 negara.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman pula
mengekalkan status selaku pasukan
terbaik dunia dengan mengumpul
1,736 mata.

Finalis Piala Dunia 2014, Argentina
dan Belanda turut mengekalkan
kedudukan sebagai pasukan kedua
dan ketiga terbaik apabila masing-
masing mengutip 1,604 dan 1,507
mata.

Kedudukan ranking FIFA itu
membabtkan 209 negara.

Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.

Dunia hanya sementara,Akhirat untuk selamanya.
Begitulah permulaan bicara saya pada post saya ini.

Dunia Tanpa Sempadan,apakah maksud nya?pasti semua orang dah faham apa maksud nya,jika tidak takkan lah anda semua pandai berinternet kan?

Hidup makin maju,Tapi Dunia semakin sampai kepada penghujung nya.
Tanda-tanda kecil dunia akhir zaman sudah pun wujud.

Akan tetapi hadirnya saya pada kali ini bukanlah ingin menceritakan tentang tanda-tanda kecik Kiamat,tapi saya ingin berkongsi sedikit buruk dan baik dunia internet atau lebih dikenali lagi dunia maya sekarang ini.
Ramai menjadi risau,dengan kecanggihan alatan didunia ini semakin menjadi tidak Bertamadun dunia sekarang ini.

Jika kita amati dan melayari Laman-Laman Sosial seperti Facebook.Twitter,Wechat,Whatsapp,Beetalk dan lain-lain.

Saya sungguh sedih,Jika di Facebook (ambil contoh FB kerana selalu melayari nya berbanding Twitter) pelbagai reaksi dan situasi yang saya lihat.

Bagi yang wanita,mereka tanpa segan silu untuk berkongsi gambar XXX mereka dikhalayak ramai,terlalu murah maruah sesetengah wanita di dunia sekarang.
Begitu juga dengan lelaki,tanpa segan silu,dengan Selamber sahaja mereka minta gambar XXX dengan mana-mana perempuan bagi memuaskan nafsu mereka.

Yang menjadi persoalan nya,kenapa perkara ini boleh terjadi?

Mungkin ini jawapan nya.

"Terlalu banyak pengaruh filem barat,kerana ada diantara filem barat,terlalu banyak adegan-adegan keterlaluan ini,ia juga datang daripada internet.Tidak dinafikan,jika di search di Google,Terlalu banyak Laman-laman lucah dan Website Lucah,mungkin ini yang menjadi faktor utama,dengan mengunakan handphone,Komputer dan Gajet-gajet di dunia tanpa sempadan terlalu mudah untuk mereka cari apa yang perlu".

Apa yang perlu lakukan?minta kerajaan menyekat laman itu?tapi rasa nya dah terlalu banyak Kerajaan buat demikian,tapi 1 di sekat 10 yang keluar.jadi tanamkan dalam diri kita sendiri,buang yang buruk ambil yang jernih.

Sama-samalah kita bina bangsa yang bertamadun.

Dunia Dah Berat,Marilah Sama-sama Kita Beramal Pula,Ketepikan Maksiat.

Cukup Setakat itu dahulu penulisan saya buat kali ini.
Harap maaf jika ada salah dan silap.

"MasterV2 News Kini Kembali."

Rabu, 13 Ogos 2014

Keputusan Penuh Pelawanan Pertama Piala Malaysia

Keputusan Penuh Piala Malaysia 13/08/2014.

Kumpulan A
LionsXII 0-0 Felda United
Pahang 4-0 JDT II

Kumpulan C
JDT  1-0 Kelantan
ATM  1-1 P.Pinang

Kumpulan D
T-Team 1-2 Selangor

Malam ini hanya melibatkan 10 pasukan sahaja,6 pasukan lagi bakal berentap pada esok.
Berikut adalah jadual untuk esok.

Kumpulan B
Sarawak VS Terengganu
Perak Vs Kedah

Kumpulan D
PDRM VS Sime Darby

Kesemua Perlawanan bakal bermula pada pukul 8:45 malam.

Ulasan untuk Piala Malaysia Bakal menyusul selepas kesemua perlawanan berlangsung.

"Bola sepak Kita,Kita Lah Yang Menyokong".

MasterV2 News Sports Malaysia